Posts

Showing posts with the label Corat Coret

Catatan Dalin LienDa: Cetusan Ilham Lirik Kunang-Kunang Cinta - Hani Nosha, Achah Saputra

Image
Kunang-kunang Cinta. Ilham tercetus saat melihat lampu kecil yang comel di waktu malam ketika saya berada di sebuah kedai makan di tingkat atas. Saya berada di situ dari sebelum senja sehingga sesudah senja.Makan sambil menenangkan fikiran selepas pulang dari kerja. Di saat itu juga otak tengah serabut. Namun berada di situ saya merasa damai seketika. Sambil menikmati char kuey teow goreng dan air kelapa. Suasana pemandangan itu benar-benar menjadi sumber ilham dan memberikan saya inspirasi untuk menulis bait-bait lirik Kunang-kunang cinta. Minda larut dalam suasana pemandangan waktu itu dan otak mula mengarang bait-bait lirik. Bila dah dapat draf lirik terus saya hantar ke whatsapp group tanpa menyemak adakah bait-bait yang saya karang itu sudah bagus atau tidak. Berdebar jugalah sebab pertama kali berkolaborasi dengan komposer dari Fusion Records My iaitu Achah Saputra dan Zulfiqor. Bila whatsapp dah blue tick tu dan Achah reply okay dia akan terus cipta melodi .Fuhh lega. Achah Sapu

SINGLE TERBARU YASSER SHARIFUDIN – GENDERANG CINTA

Image
  Entry pada kali ini berkisar tentang Yasser Sharifudin serta single terbaru Genderang Cinta. Yasser Sharifudin merupakan artis solo yang bergerak sendiri serta optimis untuk terus mengorak langkah dalam industri muzik tanah air. Saya ingin berkongsi sedikit latar belakang tentang seorang yang bernama Yasser Sharifudin ini. Yasser Sharifudin atau nama penuhnya Muhammad Yasser Bin Sharifudin, penyanyi baru kelahiran Kuala Lumpur ini mula minat menyanyi sejak umur 10 tahun lagi atas   faktor minat yang mendalam serta turut mendapat galakan dari arwah ibunya. Untuk pengetahuan juga, Yasser Sharifudin pernah menyertai program pertandingan berprestij terbitan RTM iaitu Bintang RTM pada tahun 2018 dan berjaya menjadi finalis ke peringkat akhir Bintang RTM 2018. Yasser berduet bersama Ameer Sofazr menggegarkan CIDB dengan lagu Pelesit Kota vs Duit dan juga turut menyampaikan lagu baru ciptaan Syamel bertajuk Lumrah Cinta. Walaupun tidak memenangi pertandingan tersebut namun Bintang RTM a

ILI AKMAL DAN ALIFF THE CHAMP MUNCUL DENGAN SINGLE TERBARU BERJUDUL I LOVE MYSELF

Image
  Entry kali ini berkisar tentang Ili Akmal dan Aliff the Champ yang merupakan artis baharu indie serta single terbaru I Love Myself. Terkini Ili dan Aliff muncul sebagai duo dalam lagu terbaru pop inggeris berjudul I Love Myself. Sebelum ini Ili pernah muncul dalam 2 single iaitu Bangkit dan Move On serta pernah berkolaborasi bersama Aliff sebagai cameo dalam lagu Move On pada tahun 2020. Jom ikuti sedikit perkongsian latar belakang kedua-dua artis baharu ini. Ili Akmal merupakan seorang penyanyi dan komposer baharu manakala Aliff atau nama penuhnya, Aliff Al-Farabby Bin A.Rahim seorang figura yang tidak asing lagi dalam bidang penyiaran serta di kalangan pendengar radio kerana beliau merupakan seorang penyampai radio dan sekarang memulakan langkah dalam industri muzik sebagai rapper. Ili Akmal atau nama penuhnya Ili Akmal Binti Mohd Razif, penyanyi baru kelahiran Sungai Petani, Kedah ini mula menulis lagu sejak kecil dari usia 8 tahun lagi dan Ili mula serius membentuk vokal sej

Kekal langsing dengan jus lemon detox

Image
Entry kali ini lien kongsikan resepi jus lemon detox yang lien amalkan untuk kekal sihat dan langsing serta membantu atasi masalah perut buncit. Jemput baca entry sebelum ini  Kaedah selamat pengurangan berat badan RESEPI JUS LEMON 1 biji Lemon 1 biji limau nipis (dipotong dua) 1 Inci Halia 1 batang Serai (diketuk) 2 ulas bawang putih (diketuk) 1 kuntum Bunga Cengkih Potong lemon kepada dua bahagian dan perah jus lemon ke dalam cawan dan ketepikan. Rebus air bersama semua bahan tadi kecuali jus lemon. Setelah mendidih, tutup api dan biarkan seketika. Kemudian campurkan jus lemon bersama air rebusan. Masukkan dalam botol kaca. Simpan dalam peti sejuk. Boleh diminum pada waktu pagi, tengah hari dan malam. Untuk kekal sihat dan langsing, Lien juga menjaga pemakanan dan rajin bersenam. Semoga artikel ini bermanfaat untuk kalian.  Ikuti saya di semua platform media sosial di bawah:       

Dokumentari Khas Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa “Kalam Di Hati” di TV1

Image
Sempena Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTQA), Radio Televisyen Malaysia (RTM) bakal menyiarkan sebuah dokumentari khas bertajuk “Kalam Di Hati” pada 6 Mei ini, pukul 6.00 petang. Dokumentari khas terbitan Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) ini akan mengupas tentang sejarah ringkas penganjuran Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa yang julung kalinya dianjurkan di Malaysia serta negara-negara pertama yang menghantar peserta untuk mewakili negara masing-masing. Turut merungkai peranan JAKIM dalam penganjuran MTQA yang menyokong usaha kerajaan untuk mendaulatkan ilmu Al-Quran kepada seluruh umat di persada dunia. Natijah daripada penganjuran MTQA di Malaysia telah melahirkan ramai qari dan qariah yang berjuang untuk memartabatkan ilmu seni Al-Quran bukan sahaja untuk diri sendiri malah kepada masyarakat Islam di Malaysia. Menariknya dokumentari khas ini memaparkan latar belakang seorang qari yang menjuarai pertandingan MTQA pada tahun 2011 serta aktiviti

Pemenang Bintang RTM 2018 Peringkat Akhir

Image
Bintang RTM 2018 telah pun melabuhkan tirainya. Siapakah juara yang Bintang RTM 2018?  Hariz Juara Bintang RTM 2018 Nampaknya Bintang Hariz telah bersinar pada malam Konsert Akhir Bintang RTM 2018 dan telah dinobatkan sebagai juara. Pada pusingan pertama Hariz berduet bersama Mel vokalis band Sakura  secara battle dan mash up dengan lagunya Fantasy vs Polaroid. Pada pusingan kedua Hariz menyampaikan lagu baru ciptaan Manusia Putih bertajuk Yang Terbaik .  Persembahan secara keseluruhan dan vokal Hariz telah berjaya memikat hati juri. Hariz dinobatkan sebagai Juara Bintang RTM 2018. Hariz juga memenangi kategori vokal terbaik pada malam tersebut. Hariz membawa pulang hadiah tempat  pertama berupa wang tunai bernilai RM 20,000 berserta trofi dan RM 5000 untuk vokal terbaik. Naib Juara disandang oleh Heidi membawa pulang hadiah bernilai RM15,000 berserta trofi. Heidi berduet bersama Arul Sevendays menyampaikan lagu Akad vs Memori. Pada pusingan kedua, Heidi menyampaikan

Sekitar Konsert Separuh Akhir Bintang RTM 2018

Image
Enam peserta berjaya mara ke peringkat separuh akhir Bintang RTM 2018. Barisan peserta Konsert Separuh Akhir adalah Hafiz Zainal, Hariz, Yasser, Heidi, Anna dan Ferona. Mereka berentap untuk menempah tiket ke peringkat akhir. Konsert Separuh Akhir Bintang RTM 2018 yang berlangsung di Auditorium Perdana, Angkasapuri disiarkan secara langsung di TV2. Penyanyi hebat Nora telah membuat persembahan pembukaan untuk Konsert Separuh Akhir Bintang RTM 2018. Semua peserta yang bertanding membuat persembahan dengan menyampaikan lagu daripada cabaran peminat dan cabaran juri.  Pusingan pertama (Cabaran Peminat) : Hafiz Zainal - I Won't Give Up Heidi - Makhluk Tuhan Paling Seksi Anna - Akhirnya Kini Pasti Hariz - Chandelier Ferona - Never Loved A Man Yasser - Kasihnya Ibu Pusingan Kedua (Cabaran Juri) : Hafiz Zainal - How Long Heidi - Rolling In The Deep Anna - Terlalu Istimewa Hariz - When I Was Your Man Ferona - Penglipur Lara Yasser - Roman

VIDEO - KARYA PENULISAN LIRIK OLEH DALIN LIENDA

NEW RELEASE